Assalamulaikum w.b.t
Trip : Singapore
Date : 27 May 2012 - 30 May 2012
Transportation : by bus
Dah
lama da nak update g trip singapore ni tapi x berpeluang langsung nak
crite haha. dah berzaman pegi pon baru nak crite haha. so maafla byk
memori dah lupe. Pergi ke Singapore ni naik bas jer. Perjalanan adalah
lebih kurang 9jam lebih. Sakit punggung wo..Naik bas malam so sampai
pagi la di sana. Dalam tempoh tu memang bas akan berhenti rehat beberapa
kali so xyah risau. Memang mata ni mmg kuyu la malam pulak tido jela
xde bende nak buat pon.
Bila
dah sampai mule2 kite akan jumpe imigresen pertama iaitu imigresen
Malaysia. sini cam biasa la check passport bagai. Imigrsen kedua plak
pabila nak masuk Singapore. yelah nak masuk negara orang kan so cm cuak
la gak. Berhenti je bas kami kat imigresen tu tetibe ramai manusia2
berlari2 depan mata aku. Masyaallah time tu betapa takutnya ingatkan apa
terjadi rupenya diorang nak cepat xnak beratur panjang dalam imigresen
tuh dan bagi yang naik bas central yg macam bas rapidkl tu ramai maybe
dari Jb balik kerja ke diorang ade yg berdiri so diorang lari nak chop
tempat duduk.
Dah
siap chop bagai sume naik bas balek dan kami diturunkan di hotel kami
menginap Hotel Hard Rock Cafe. Hotel Hard Rock ni sangat cantik.
Check-in dalam kol 12 cmtu sementara tu kami duduk la di lobby. Selesai
kami tgu untuk check in kami pon naik la ke bilik hotel untuk berehat.
Lobby die quite spacious la |
Ni sapa yang berminat nak beli cenderahati Hard Rock Cafe bolehla shop kat sini |
Day
1 ni memng x jalan sangat coz penat so kami just jenjalan makan air kat
kawasan hotel jer. View dari hotel boleh nampak cable car.
Day 2
Siap2
excited nak g USS la pe lagi kan. Duduk Hard Hotel ni bagus keluar
jalan sikit je dah nampak USS. Family beli package hotel Hard Rock + USS
ni kat Matta Fair dari travel agency. On the way ke USS kite akan lalu
swimming pool hotel.
Besarla swimming pool diorang mmg best tp x g mandi pon |
View bilik hotel dari swimming pool |
Jalan je straight akan nampak tangga untuk turun ke mall and boleh ke USS. Ni tangga die
Nak masuk ke USS ni dalam g sebelom spi akan lalu parking pastu pintu Casino. Besar la jugak Casino die.
Jalan je kat situ sampai nampak USS nye globe besar gedabak tuh maknanya dah spi la ke destinasi nya. Tadaaaa....
So pe lagi bergambar kenangan la dengn globe haha.
Kat
area situ ade kedai makan2. macam2 la chinese and singapore cuisine ,
western even malaysian street pon ade tau. Kami dapat kupon free dari
hotel so makan kat sini la kami coz kat hotel xhalal.
Masuk
je USS mmg excited la. time tu masuk kol 11 pagi da start ramai da. Nak
lak kami pergi cuti sekolah Singapore and juga beberapa negara yang
lain spt india / nepal sume so mmg ramai x terhingga. Janganla korang
pegi time cuti sekolah orang Singapore ni ramai huhu. Kebanyakannya
jugak orang2 dri negara India xsalah aku time ni.
Kami beli tiket USS dah skali package dengan hotel so xingat plak berapa skali masuk. Lau nak tau harga boleh la refer sini USS
dari pintu masuk nmpk Universal Studio Store so masukla jap jengok2.
Pastu jalan la sekeliling situ..
Dalam USS ade banyak zones / amusement park. So just bagitahu mane yg sempat pegi je.
Zone New York
LIGHTS, CAMERA, ACTION by Steven Spielberg
LIGHTS, CAMERA, ACTION by Steven Spielberg
-Semua
sedia maklum dan spe xkenal Steven Spielberg kan Pengarah terkenal
Hollywood . Sebelum persembahan bermula, sedikit taklimat akan diberikan
dan
Steven Spielberg akan bercakap melalui skrin
besar. Studio ini tunjuk mcmana
produksi filem membuat pengambaran hanya di dalam studio. Pengambaran
ketika ribut taufan dengan dentuman kuat seolah-olah kita berada di
lokasi sebenar dilautan. Sehingga kita sendiri dapat merasakan suasana
seperti percikan air, haba letupan, gegaran dan situasi pelanggaran
kapal.
Memang best giler la wa cakap lu haha, More info here
Zone Sci-Fi
Transformer
Yang
ni the best!!!! seyes x tipu. sape dtg USS haruslah naik gondola /
roller coaster Transformer ni. Kita akan berada dalam studio pakai
cermin mata 3D. bila dalam tu rase mcm AMegatron betol2 depan kite nak
bunoh haha. dari awal spi akhir aku dok jerit je hahahah. orang blakang
aku lelaki pon jerit tau mane x 3D mmg ko nmpk real la. Satu gondola tu
ade 6 seats 3 depan n 3 blakang. aku duduk depan xtaula tp mcm duduk
depan lagi scary haha
More info here
Selain tu kat sini ade roller coaster. Best kot!!
Zone Lost World
Time
aku kat Lost World ni dah start rmi giler org so x dpt maen sgt huhu
sedih..satu je dpt maen Jurassic Park Rapid Adventure. itupun tersangat
rmi la beratur. Kite akan naik cm bot air tuh lalu2 tempat dinasour.
Korang akan basah sikit la kat sini, tapi best bot tu pon laju kot haha.
Thrilling la gak. More info here
Lepas
tu lepak duduk kat food court Lost World. Mak pon da penat die duduk la
kat tepi air panjut keke. Tetibe cam lapar so g beli churros.
Zone Far Far Away
kat sini mmg xdpt maen satu games pon huhu.. just sempat bergambar kenangan jer. More info here
Tu
je yang dpt pegi. x puas kot huhu lau xde aral nanti nak dtg lagilah
maen sepuas puas nya. Abesla cerita di Singapore ni. Kami hanya duduk
kat USS ni jer x g tempat laen cm Marina Bay tuh. Day 3 pon jenja lan
sekejap makan angin kawasan hotel pastu check out balek ke Malaysia.
Naik bas juga.
Harap nanti berpeluang pegi Marina Bay. Itu jela kisahnya..
Pasni nak cerita pasal Trip g Korea plak tunggu!
No comments:
Post a Comment