MR.DAKGALBI
Well aritu saje la nak try makan Mr.Dakgakbi. Ramai da try kate sedap so harusla nak try jugak kan if sedap ke x Mr Dakgalbi ni..Lagipun i love Korean food. K-pop la katenya haha.. So kami pon pergi Mr.Dakgalbi yang dekat Solaris, Mont Kiara.
Meh cite sikit makanan ape kat Mr.Dakgalbi niyh. Mr Dakgalbi ni merupakan restoran makanan Korea yang menghidangkan pan grilled chicken. Die masak dalam kuali yang besar and die masak kita tau. Dakgalbi ni sebenarnya ayam yg dipotong kiub dan di perap dalam chili pepper paste orang Korea. Dia ada kobis, ayam, spring onion,dan rice cake.
Mr Dakgalbi ade 3 franchise kat Bukit Bintang, Setiawalk Puchong dan juga Solaris Mont Kiara. Kedai ni dijamin halal. Ade halal certificates. Kedai Mr. Dakgalbi ni di dalan SOHO building bersebelahan dengan Starbucks.
Ni menu dia..Portion di banyak memang korang leh share makan dgn partner. Makanan die kire afforfable.
Gambar dalam kedai. Die ada 3 tingkat so ni belah bawah.
Mule2 mereka akan sediakan side dish.. Side dish die seperti sup, salad, radish dan kimchi. Kami pilih set Nasi and Ramen skali. Dakgalbi Fried Rice + Ramen dalam RM36. Dia ade letak cheese skali..yum yum...bile tarik nasi tu cheese die pon tertarik da mcm makan pizza dah HA! Air die soft drink RM1 je. Air masak pon ade. Die bagi free sekali package ngan Main Dish.
Short video amek staff masak.
Mr.Dakgalbi juga ada tempat duduk di luar..sape yg suka duduk luar or smoking pandai2 la makan di luar haha..
Mr.Dakgalbi Restaurant
Mont Kiara Solaris Branch
No. J-G-02 Soho KL
Solaris Mont Kiara
Tel: +603 62065567
Facebook : https://www.facebook.com/mrdakgalbikl
CAFFE BENE
Lepas tu nak cite pasal Caffe Bene pulak. Time ni g separate hari la bukan g hari yang same. So sapa yang lepas makan Mr. Dakgalbi leh la g Caffe Bene makan dessert. Caffe Bene ni dalam SOHO building jugk. Kedai die ujung je sama row dengan Mr.Dakgalbi.
Caffe Bene ni laen sikitla konsepnya dgn coffee shop yang lain coz ni versi korea dan menu pun agak berbeza dari Starbucks, The Coffee Bean, Dr.Cafe atau dll.. Orang Korea ni suka minom kopi so bykla kedai2 kopi yang menarik salah satu nya Caffe Bene ni la. Baru jugak masuk pasaran Malaysia. Sebelom Running Man Lee Kwang Soo ada datang sini untuk perasmian Caffe Bene di Sunway Pyramid.
Tujuan datang Caffe Bene adalah untuk makan Patbingsu. Ape tu Patbingsu? Ia adalah desert yang femes di Korea esp bila summer. Ia dalam satu bowl besar atasnya ada topping whip cream. Patbingsu ni ada dua pilihan Single or Double. Aku suggest korang pilih single dan share la dua orang sebab single size dia pun besar. Kalau double tu bolehla makan dlm empat orang camtu. Ada beberapa pilihan selain yang kami pilih ni. Ade bingsu Cookies & Cream , Patbingsu (organic), Green Tea Bingsu dll. Selain bingsu ade lagik makanan laen seperti waffle, cheese bread, cake.. nak tau lebih lanjut sila layari website caffebene.com.my
Kite akan diberikan buzzer utk pick up order kita. Nanti bila kat pick up
counter, buzzer tu akan bergetar bila order kita siap.
Aku order Cookies & Cream..Sedap.. Harge die dalam RM12.90
Caffe Bene Malaysia juga ada ajar macammana nak makan Bingsu ni. Step 2 tu tekan bingsu dari atas sampai ke bawah n then gaul.
Caffe Bene
Mont Kiara Solaris Branch
K-G-04 Solaris Mont Kiara
No 2, Jalan Solaris,
50480, Kuala Lumpur
Facebook: http://caffebene.com.my/
No comments:
Post a Comment